CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

Tujuan........

Hi,
Saya Vijay.... saya mencipta blog ini kerana masih terdapat pengguna yang tidak mahir dalam penggunaan ICT terutamanya komputer... dalam blog ini saya telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai komputer dan perkembangan ICT di Malaysia...

Wednesday, March 12, 2008

Mengenali Rahsia Komputer : BIOS

Kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan isyarat kesilapan BIOS yang biasanya muncul semasa komputer anda dihidupkan. Berikut adalah beberapa isyarat kesilapan tersebut :

  • CMOS Battery Failed -
    Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru.
  • CMOS Checksum Error -
    Ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan memilih “Save & Exit Setup” sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak.
  • Keyboard Error -
    Periksa sama ada papan kekunci disambung dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut.
  • Memori Test Fail -
    Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakkan.
  • Floppy Disk Fail -
    Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul. Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan.
  • Primary Master Hard Disk Fail -
    Pastikan wayar pemacu dan wayar kuasa cakera keras utama disambungkan dengan betul. Periksa BIOS untuk mengenal pasti penetapan cakera keras sepadan dengan pemacu cakera keras.
  • ERROR…Can’t write ESCD -
    fungsi menulis pada ESCD tidak dapat dilakukan. Masuk ke “PnP/PCI Configuration” dan aktifkan fungsi item [Reset Configuration Data].
  • Disk Boot Failure, Insert System Disk And Press Enter -
    Periksa sama ada susun atur menghidupkan komputer di dalam BIOS tepat atau tidak. Periksa juga pemacu cakera keras dapat dikesan atau tidak. Pastikan BOOT disk tidak dimasukkan ke dalam cakera liut semasa komputer dihidupkan. Seterusnya periksa sama ada perkakasan yang dihidupkan terlebih dahulu disambungkan dengan tepat atau tidak

Tuesday, March 11, 2008

TIPS MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

  • Anda mungkin perlu menggunakan sebuah 3rd party utility untuk memeriksa segalanya untuk anda secara automatik. Ada banyak program yang tersedia, salah satunya adalah TuneUp Utilities. Program ini cukup baik dan berkesan untuk memeriksa struktur file komputer anda, master boot record, file allocation table, dan files. Ia juga sesuai untuk memeriksa dan memperbaiki bad sectors dari physical disk drives anda.
  • Selain itu, Utiliti ini juga akan tune-up sistem anda untuk peningkatan speed, checks, dan membersihkan registry anda, menyesuaikan memory untuk anda, membuat Internet setting anda agar lebih cepat ketika mendownload dan browsing, dan membuat OS anda bekerja secara maksima. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kepantasan komputer anda.

TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Satu lagi langkah untuk menjadikan computer anda bejalan dengan baik dan lancar ialah memasang dan menjalankan perisian antivirus. Ia bertujuan mengelakkan kompuer anda diserang segala macam virus yang tidak dikenali.
Lakukan ini secara berkala agar terhindar dari virus dan Trojan horses yang dapat mengambil alih sistem anda. Jika anda memiliki sebuah virus, performance sistem anda akan menurun secara drastik. Virus dapat melakukan segala hal buruk terhadap komputer anda. Mereka dapat mengambil alih komputer anda, menghapus hard drive anda, menggunakan komputer anda sebagai server, memberikan anda sejumlah muzik illegal atau program dan memberitahu semua teman anda untuk mendownloadnya dari anda.
Terdapat banyak perisian Anti Virus percuma yang boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Antara perisian anti-virus percuma tersebut ialah.. Avg dan Avira

STRATEGI PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN KELUARGA

  • Dapatkan Pendedahan Awal.
  • Anggota Keluarga Belajar Teknologi Bersama-sama.
  • Sanggup Berbelanja
  • Gunakan ICT Dalam Kegiatan Seharian

STRATEGI PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN INDIVIDU

  • Mesti Suka dan Berani untuk Mencuba yang Baru
  • Sanggup Belajar dan Berbelanja
  • Tidak segan untuk Bertanya
  • Dapat Berkongsi Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran.

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ICT

Antara kesan negatif ICT ialah :

  • Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan, maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.
  • Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.
  • Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kandungan.
  • Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN ICT

Antara kesan positif ICT ialah :

  • Memudahkan Komunikasi – Kemudahan ini dapat diukur dari segi kebolehan untuk berkomuniksai pada bila-bila masa.
  • Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan - Seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau luar negara.
  • Memudahkan Proses Pendidikan – Keupayaan media untuk menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.
  • Membentuk Masyarakat yang Peka kepada Keadaan Semasa – Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa seperti perpaduan, alam sekitar, golongan kurang bernasib baik, hak mereka sebagai pengguna, dan banyak lagi.

Tuesday, March 4, 2008

Peranan ICT Kepada Masyarakat

  • Menjadi Agen Sosialisasi - Kerana berpengaruh. Jati diri masyarakat, etika, dan nilai-nilai murni dapat diterapkan kepada genarasi baru.
  • Penggalak Pendidik - Dapat menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kesemua lapisan masyarakat.
  • Pemberi @ Penyebar Maklumat - Anggota masyarakat dapat diberitahu dan disebarkan tentang isu-isu semasa melalui media telekomunikasi.
  • Menyokong Kegiatan Ekonomi - Membantu dari segi promosi dan pengiklanan.
  • Menerapkan Persefahaman dan Kerjasama - Penerapan nilai-nilai positif yang dapat menjalin kerjasama antara kaum dengan organisasi.
  • Pembekal Maklumat Pembangunan - Membekal maklumat yang sesuai. Dengan ini individu dapat membentuk peribadi dan imej diri. Menerapkan nilai-nilai yang sesuai untuk keharmonian.
  • Sebagai Penghibur - Maklumat disebarkan supaya anggota masyarakat mendapat ilmu pengetahuan dan hiburan sesuai dengan perkembangan semasa.

Sejarah dan Perkembangan ICT

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.

  • Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
  • Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.
  • Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
  • Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

Peranan ICT dalam ekonomi

Peranan ICT pada pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial telah mendapat perhatian besar dalam beberapa tahun belakangan ini, terutama pada debat mengenai “ekonomi baru”. Penggunaan ICT amat memberangsangkan di negara kita. Fokus lebih banyak diberikan pada debat kebijakan, terutama dengan adanya badan-badan perancang yang berkaliber.

Dengan adanya ICT baru pada tahap yang dikenali sebagai sumber utama transformasi ekonomi dan perubahan sosial abad ini, statistik rasmi mengenai ICT masih dalam perkembangan. Dalam beberapa tahun belakangan ini, banyak kemajuan yang telah dibuat dalam mengembangkan statistik ICT internasional yang dapat diperbandingkan.