CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ICT

Antara kesan negatif ICT ialah :

  • Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan, maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.
  • Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.
  • Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kandungan.
  • Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.

0 comments: