Hi,
Saya Vijay.... saya mencipta blog ini kerana masih terdapat pengguna yang tidak mahir dalam penggunaan ICT terutamanya komputer... dalam blog ini saya telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai komputer dan perkembangan ICT di Malaysia...
Tuesday, April 1, 2008
Tujuan........
Posted by VIJAY at 7:43 PM 0 comments
Wednesday, March 12, 2008
Mengenali Rahsia Komputer : BIOS
Kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan isyarat kesilapan BIOS yang biasanya muncul semasa komputer anda dihidupkan. Berikut adalah beberapa isyarat kesilapan tersebut :
- CMOS Battery Failed -
Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru. - CMOS Checksum Error -
Ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan memilih “Save & Exit Setup” sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak. - Keyboard Error -
Periksa sama ada papan kekunci disambung dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut. - Memori Test Fail -
Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakkan. - Floppy Disk Fail -
Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul. Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan. - Primary Master Hard Disk Fail -
Pastikan wayar pemacu dan wayar kuasa cakera keras utama disambungkan dengan betul. Periksa BIOS untuk mengenal pasti penetapan cakera keras sepadan dengan pemacu cakera keras. - ERROR…Can’t write ESCD -
fungsi menulis pada ESCD tidak dapat dilakukan. Masuk ke “PnP/PCI Configuration” dan aktifkan fungsi item [Reset Configuration Data]. - Disk Boot Failure, Insert System Disk And Press Enter -
Periksa sama ada susun atur menghidupkan komputer di dalam BIOS tepat atau tidak. Periksa juga pemacu cakera keras dapat dikesan atau tidak. Pastikan BOOT disk tidak dimasukkan ke dalam cakera liut semasa komputer dihidupkan. Seterusnya periksa sama ada perkakasan yang dihidupkan terlebih dahulu disambungkan dengan tepat atau tidak
Posted by VIJAY at 12:04 AM 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
TIPS MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA
- Anda mungkin perlu menggunakan sebuah 3rd party utility untuk memeriksa segalanya untuk anda secara automatik. Ada banyak program yang tersedia, salah satunya adalah TuneUp Utilities. Program ini cukup baik dan berkesan untuk memeriksa struktur file komputer anda, master boot record, file allocation table, dan files. Ia juga sesuai untuk memeriksa dan memperbaiki bad sectors dari physical disk drives anda.
- Selain itu, Utiliti ini juga akan tune-up sistem anda untuk peningkatan speed, checks, dan membersihkan registry anda, menyesuaikan memory untuk anda, membuat Internet setting anda agar lebih cepat ketika mendownload dan browsing, dan membuat OS anda bekerja secara maksima. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kepantasan komputer anda.
Posted by VIJAY at 11:56 PM 0 comments
TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA
Satu lagi langkah untuk menjadikan computer anda bejalan dengan baik dan lancar ialah memasang dan menjalankan perisian antivirus. Ia bertujuan mengelakkan kompuer anda diserang segala macam virus yang tidak dikenali.
Lakukan ini secara berkala agar terhindar dari virus dan Trojan horses yang dapat mengambil alih sistem anda. Jika anda memiliki sebuah virus, performance sistem anda akan menurun secara drastik. Virus dapat melakukan segala hal buruk terhadap komputer anda. Mereka dapat mengambil alih komputer anda, menghapus hard drive anda, menggunakan komputer anda sebagai server, memberikan anda sejumlah muzik illegal atau program dan memberitahu semua teman anda untuk mendownloadnya dari anda.
Terdapat banyak perisian Anti Virus percuma yang boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Antara perisian anti-virus percuma tersebut ialah.. Avg dan Avira
Posted by VIJAY at 11:47 PM 0 comments
STRATEGI PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN KELUARGA
- Dapatkan Pendedahan Awal.
- Anggota Keluarga Belajar Teknologi Bersama-sama.
- Sanggup Berbelanja
- Gunakan ICT Dalam Kegiatan Seharian
Posted by VIJAY at 11:36 PM 0 comments
STRATEGI PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN INDIVIDU
- Mesti Suka dan Berani untuk Mencuba yang Baru
- Sanggup Belajar dan Berbelanja
- Tidak segan untuk Bertanya
- Dapat Berkongsi Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran.
Posted by VIJAY at 11:32 PM 0 comments
KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ICT
Antara kesan negatif ICT ialah :
- Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan, maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.
- Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.
- Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kandungan.
- Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.
Posted by VIJAY at 11:30 PM 0 comments